Thursday, 8 January 2015

Maafkan Aku

Assalamualaikum

"Betapa diriku ini kerdil, dan lemah di mata Allah s.w.t. Siapa pun aku Allah masih memandang aku yang tidak sempurna ini. Terima kasih Ya Allah,semoga Kau sentiasa memberkati diriku."
Maafkan aku sebab tak pernah jaga hati dan perasaan orang lain. Aku cuba untuk menjadi baik di mata semua orang,ternyata aku tak mampu. Aku terlalu lemah nak buat semua tu.

Kawan,
Maafkan aku sebab terlalu banyak menyakiti hati kalian. Benar,aku bukan rakan yang baik. Bagaimanapun,terima kasih kerana sudi mengajar aku banyak perkara. Sudi menjadi rakan-rakan aku tanpa mengira aku siapa. Terima kasih untuk semua kenangan,pengalaman bersama.

Mak abah,
Maaf kan anakmu ini. Dosa-dosa yang telah dilakukan bukanlah dengan niat. Bimbinglah diriku supaya menjadi anak yang lebih baik. Sayangi kami bertiga seperti menyayangi diri kalian sendiri. Aku akan memeluk dan mencium tangan kalian selagi kalian masih bernyawa. Aku tidak akan menghampakan segala harapan kalian untuk melihat kami bertiga berjaya kelak. Semua yang kalian lakukan semuanya bersebab. Tiada alasan untuk kami mengatakan tidak kepada semua yang kalian nasihatkan. Segala yang kalian aturkan semua terbaik untuk kami tiga beradik. Terima kasih mak abah. Semoga kami bertiga akan berjumpa kalian di syurga kelak. Amin Ya Rabbalalamin.

Abang,
Maafkan adik kerana tidak mampu menjadi adik yang terbaik di mata semua. Terima kasih kerana masih sudi menerima aku sebagai adikmu. Dunia akhirat,tiada siapa yang boleh menggantikan kalian. Kalian abang yang terbaik bagiku. Selalu menanyakan khabarku,keperluan aku dan sebagainya. Aku hargai. Walaupun sering ku katakan marah kepada kalian,kadang-ll tertinggikan suara kepada kalian,bercakap kasar dengan kalian, tetapi dalam hati aku masih menyayangi kalian. Semoga berjumpalah kita di syurga kelak. Maafkan adik jika disebabkan adik,pahala yang kalian kumpulkan selama ini ditarik untuk menampung dosa-dosa adik. Allahuakhbar.

Sayangku,
Maafkan aku kerana banyak melukakan hati kalian. Walaupun tempoh pengenalan kita tidak sampai bertahun,tetapi aku bersyukur kerana Allah sudi hadirkan kalian sebagai peneman aku di dunia ini. Terpisah macamana kita sekalipun pada masa akan datang, aku tetap sayang kalian. Jika diriku dilupakan,semoga segala cubaan aku untuk membuatkan hari-hari kalian ceria menjadi dan akan dikenang. Itu pun sudah cukup bagiku.Segala-galanya yang ada pada diriku,segalanya tidak sempurna sebagaimana yang kalian harapkan. Jika kalian sudi menerima aku seadanya,terima kasih aku ucapkan. Jika keikhlasan yang kalian gunakan untuk berkawan denganku,aku hargainya. Jika kalian mengenaliku kerana sebab tertentu,aku juga terima. Semoga Allah sentiasa memberkati kalian,sayangku.

Nabi Muhammad S.A.W,
Maafkan umatmu yang kerdil ini. Betapa engkau menyayangi umatmu semua ini,sehingga pada saat-saat terakhir juga engkau masih menyebut Ummati,Ummati,Ummati. Allahuakhbar.  Tetapi aku jarang mengingatimu sebagaimana engkau selalu mengingati kami di dunia ini. Jika dikira daripada pengorbanan yang telah engkau lakukan, sememangnya tiada bandingan seperti manusia-manusia di dunia ini. Semoga engkau masih mengingati kami,menyayangi kami dan tersenyum apabila melihat kami di padang mahsyar nanti. Teringin benar aku melihat kamu di padang mahsyar nanti. Teringin benar aku menjadi salah seorang yang medapat syafaatmu. Allahu. Aku akan sentiasa berusaha mengati dirimu sehingga bumi ini tiada lagi,sehingga aku dibangkitkan di padang mahsyar,sehingga aku mati. Amin Ya Rabbalalamin. Terima kasih Ya Rasul kerana telah melalui pelbagai dugaan yang berat demi memastikan umatmu pada hari ini mendapat ajaran yang benar. Allahuakhbar. Tiada lagi kekasih sebenar-benarnya dalam hati kami melainkan Allah dan dirimu.

Ya Allah,
Maafkan hambaMu yang sangat kerdil ini. Tidak terhitung dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang aku hidup kepada diriMu. Tetapi,Kau masih memandang aku,Kau masih memberikan aku peluang untuk kembali kepadaMu. Aku sangat berharap agar Kau sentiasa memandang aku sebagai hambaMu,janganlah Kau membiarkan diriku keseorangan. Ternyata di dunia ini,tiada siapa yang boleh menjadi seorang pendengar untuk mendengar segala luahan hatiku. Tidak sepertiMu. Kau tidak pernah mentertawakan diriku apabila aku tersilap langkah,Kau setia mendengar luahan hatiku tidak kira pada waktu apa sekalipun.. Kau sentiasa berada dengan aku walau apa jua keadaan. Ampunkan aku kerana tidak boleh menjadi hamba yang terbaik. Aku akan cuba menjadi hambaMu yang taat,yang baik,yang menyayngi diriMu. Ya Allah,semoga pabila aku dihidupkan kembali di padang mahsyar,engkau tidak memandangku dengan jijik dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan. Nauzubillahilmizalik. Terima kasih kerana telah meyedrkan aku perlahan-lahan tentang perkara yang menuju ke arah kebaikan. Ya Allah,semoga Kau lindungi aku daripada sebarang musibah. Ya Allah,tutuplah mulutku jika aku mahu mencaci siapa-siapa,Engkau tutuplah mataku jika aku mahu melihat perkara yang haram,Engkau lindungilah hatiku daripada rasa yang bukan-bukan,daripada menuduh orang lain,menfitnah orang lain. Ya Allah engkau peliharalah tanganku daripada membuat perkara-perkara yang haram,Kau peliaharalah fikiranku daripada berfikir yang tidak elok perihal orang lain. Ya Allah Kau lindungilah aku daripada menjadi manusia yang hipokrit,yang memandang orang lain dengan perasaan yang hina kerana kekurangan mereka. Kau tunjukkanlah jalan yang benar kepadaku,Kau tutupkanlah jalan yang sesat bagi diriku. kau jadikanlah hatiku mulia supaya membantu orang-orang yang susah,hindarkan aku daripada perasaan riak. Kau beranikanlah aku daripada takut dengan perkara-perkara yang lain melainkanMu Ya Allah. Semoga engkau mendengar luahan aku kali ini. Aku berharap benar untuk berubah. Aku mengharapkan pertolonganMu,lindunganMu,keberkatanMu,kasih sayang dariMu. Amin Ya Rabbalalamin. Dan semoga Kau pertemukan aku dengan orang-orang yang akusayang di syurga nanti.

Dunia,
terima kasih atas pengalaman yang telah kau berikan.

Terima kasih untuk semuanya, semoga aku sentiasa menyayangi kalian,.. Dengan Izin Allah.

ASSALAMUALAIKUM..

No comments:

Post a Comment