Assalamualaikum
Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa'ala Ali Saiyyidina Muhammad
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam. harap semua sihat wal'afiat. Harapnya semua masih sudi mendengar cerita aku.
Semalam hari yang sungguh hiba..sayu..aku baru saja balik dari Kem Bidadari Syurga. 4 hari 3 malam. Tak cukup sebenarnya tempoh waktu tu. Terlalu singkat. Namun,aku tetap bersyukur Allah tetap pilih kami untuk bersama-sama fikir,risau bimbang akan agama Allah s,w.t. Kiranya yang paling senior di kem tu aku dan rakan-rakan yang 16 tahun lah. Tak ada yang lebih tua.
Sebelum aku pergi kem tu,aku excited ada..rasa berbelah bahagi pun ada. Tambah-tambah lagi bila aku tak sihat pagi tu. Sakit perut yang amat sangat. Allahuakbar.. Allah uji. Tapi,aku tetap kuatkan hati aku nak pergi. Nakkan suasana iman dan amal. Bagi aku sendiri,bila aku pergi kem itulah tempat dan cara aku untuk topup Iman aku. Yang keluar masuk,buka naik turun lagi dah di zaman fasyak dan mungkar ni.
Sampai-sampai saja (setelah sesat cari madrasah tak jumpa),aku daftar diri. Angkat beg-beg masuk ke madrasah dan terus naik ke atas letak beg. Aku masuk je dorm,aku tengok kawan-kawan aku. aku sangat seronok waktu tu. Kawan-kawan aku yang dah lama berpisah dengan aku,kawan-kawan yang pindah ke MRSM,semuanya Allah letakkan kami balik di kem yang sama dengan orang yang sama. Aku tak sangka orang yang aku tak jangka pun minat dengan kem sebegini,dipilih oleh Allah s.w.t. untuk bersama-sama fikir,risau bimbang akan agama Allah s.w.t. S/U Badan Pengawas aku...sungguh aku langsung tak jangka. Aku kenal dia macamana. Dan Allahuakbar... Allah pilih dia.. sungguh Hidayah Allah itu milik dia. dan dia respon sangat baik dengan kem ni. Lembut sungguh hati dia.
Seronok sangat hidup selama tiga hari dengan orang-orang pilihan Allah s.w.t. Nak dijadikan ujian untuk aku,kumpulan aku ada orang yang sakit. Ustzah suruh aku dan team khidmat kpd dia. Aku tak kenal pun dia macam mana,apa semua. Aku tak reti nak jaga orang sakit pun. Allah. Ujian..ujian. Nak-nak pula diminta kami bantu dia bawa balik kefahaman agama untuk dia dan keluarga ke rumah. untuk keluarganya. lagilah aku rasa sangat berat amanah ni. nak tak nak aku mesti bawa juga. mesti hadap juga.
meniti hari-hari aku bersama mereka menjadikan aku sangat tenang dan sayang terhadap mereka. merekalah adik aku. sahabat aku. ibu-ibu ku. saudara seagama denganku. insan yang dahagakan kasih sayang Allahs.w.t. meskipun aku tiak tahu mereka berlatar belakangkan macamana,tetapi aku yakin mereka pasti ada maslah tersendiri yang membolehkan mereka dipilih oleh Allah s.w.t. seawal usia 10 tahun dipilih oleh Allah untuk fikir risau bimbang dengan agama Allah..Allahu. sangat beruntung. Aku,dah pandai buat macam-macam dosa barulah terpilih dengan rahmat Allah untuk kenal Dia dgn lebih mendalam.
Malam terakhir..air mata kami berguguran. Riuh mulut kami,semuanya terkunci. Hati kental kami lembut dan akhirnya air mata kami berjurai-jurai di saat ummi aisyah mula menyedarkan kami tentang hakikat sebenar kami di hantar ke dunia. Aku tahu padahnya. Aku tahu malam tu pasti akan terjadi perkara yang sama dengan malam di kem tahun lepas. Aku dapat mengagak apa yang akan keluar dari mulutnya.. tetapi,tak gagal untuk aku menangis buat kali yang seterusnya. Bengkak mata kami malam tu usah diceritalah. Tak ada segan lagi. Yang riang dengan keletah juga menangis semahu-mahunya kerana Allah s.w.t.
Hari yang penuh hiba tiba semalam. Setiap tindak tanduk adik-adik aku,sahabat-sahabat aku..aku serap..biar aku ingat. Ini hari terakhir kami. Semua gelak tawa mereka,cerita-cerita mereka,celoteh mereka,aku rakamkan dalam kotak ingatan. Kut kalau terindu pada mereka. Aku tahan sebak. Seorang demi seorang mula berkemas..hantar beg ke bawah. taat dengan arahan ustazah. Taklim ta'alum bermula. Allah Allah. Allah. Aku sangat ta'ajub dengan yakinnya mereka terhadap Allah. Jaganya mereka dengan suruhan Allah. Siap kami sediakan makanan ringan,kami hantar kepada jemaah lelaki di sebalik tirai. Talam minuman,makanan hanya ditolak perlahan melepasi tirai. yang nampak hanya tangan sahaja yang manyambut huluran talam-talam itu. langsung tak perlu jenguk muka. suara? semua bagaikan bisu. Tak ada yang riuh rendah. semuanya bercakap dengan berbisik sahaja. langsung tak dengar suara kami.
kemudian,tibalah waktu untuk kami berpisah. salam jamaie. Allah..sebak,sayu,hiba hanya Allah yang tahu. Yang paling riang pun gugur airmatanya kerana sedih berpisah. Satu persatu yang ada di depan mata aku salam. Bila tengok wajah sahabat-sahabat aku yang ada dengan aku..yang menyaksikan usaha kami untuk berubah ke arah Allah,untuk dapat Allah..sekali lagi berair mata aku. Nanti kami tak jumpa lagi...mereka akan kongsikan pula fikir,risau bimbang mereka di tempat pengajian mereka kelak. yang pasti tidak sama dengan aku.
Natasha,anak ustazah noormala(ummi aisyah) ceria saja selalunya..tapi semalam menangis. sedih katanya tengok perpisahan kami. Allahuakbar. Aku menunggu giliran untuk bersalam dengan ustazah. aku ni bukannya jenis serius. selalu main-main. tua muda,aku melawak dan mengusik sama sahaja. mata aku bengkak,mata orang lain bengka..mata ustazah bengkak. menangis sejak tadi. Ustazah senyum je tengok aku. aku pun slaam ustazah. dia peluk aku. aku memang tak nak menangis dah lah waktu tu. tapi,semua yang bersalam dengan ustazah,memang tak boleh tak nangis.
ustazah bisik dekat telinga aku
"ustazah tak nak cakap apa.."
pesanan ustazah dari hati,membuatkan aku menangis lagi. Aku tahu dia tahu aku macamana. Amalan aku...memang tak istiqamah mudah ceritanya. Dia sampaikan macam-macam perkara dekat aku..kadang-kadang aku boleh ikut,,kadang-kadang tidak..walaupun aku tahu je perkara tu baik. aku tak mahu ceritalah apa pesanan nya. Aku bahagia bila tengok usaha-usaha ustazah untuk agama..mendapat sambutan daripada umat nabi Muhammad. Wallahi aku cakap,cara dia sangat lain. Dia tak paksa untuk kita berubah. Dia sampaikan semuanya melalui hati. Aku dapat rasa. Dengan Izin Allah Taala. Aku nak berkhidmat untuk dia sampai bila-bila. Aku mahu bantu dia untuk agama Allah. Aku mahu bantu dia sehabis daya aku. Allah banyak sangat turunkan pertolongan untuk aku melalui dia.
untuk keluarga kem, jika selepas ini kita tidak berjumpa lagi di dunia,kita jumpa di syurga. In Shaa Allah. kita bertemu kerana Allah,kita berpisah juga kerana Allah. Aku sayang kalian lillahi ta'ala.
Percayalah,selepas ini dugaan kita akan semakin berat. Allah akan uji..lagi hebat..kerana kita sudah ada azam untuk berubah demi Dia..aku dah pernah rasa saat-saat aku hampir kembali tergelincir daripada landasan Allah. pernah lalui..kuat kan tekad. itu sahaja yang aku mampu sampaikan.
Ya Allah,sinarkan hati kami dengan hidayahMu sebagaiman terangnya bumi dengan cahaya matahariMu selema-lamanya. Aminn..Ya Rabbal 'Alamin..
No comments:
Post a Comment