Saturday, 20 January 2018

Niqab 2.0

Assalamualaikum

Allahumma solli a'la sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad.


"Segala puji bagi Allah swt kerana dengan kasih sayangNya jualah manusia masih mampu bertahan untuk hidup di dunia ini. Hidup manusia tiada erti jika dia kehilangan TuhanNya,Allah Rabb yang abadi. Nafas yang dihirup tenang semuanya kurniaan Allah yang Maha Esa. Cakerawala masih taat utuh membentuk,semuanya tak lain dan tak bukan hanya dengan izinNya.Kita ini bukan siapa-siapa. Berdirinya kita sekadar memegang pangkat hamba."

Maaf dah lama berhenti post entry-entry baharu. Jadi,kali ni aku nak kongsi tentang Niqab. Insya Allah. Aku dah pernah post entry tentang niqab masa tahun 2015 rasanya. Ini,sambungan. Selami setiap apa yang aku sampaikan,ya!

Kisah niqab ni seingat aku,bermula waktu aku di kem. Ustazah-ustazah aku memang semua berniqab. Aku rasa seronok dan teruja. Tak tahu kenapa. Rasa sejuk mata tengok meeka semua berniqab. Dekat kem adalah dua tiga orang yang memang excited sampai beli niqab daripada ustazah, nak pakai. Subhanallah. Aku? Masih cool. Buat tak kesah je bila depa sibuk-sibuk nak beli niqab daripada ustazah. Sebabnya aku dah cakap pada diri, mustahil aku nak pakai niqab,diri sendiri pun tak cukup betul lagi. Nak dijadikan cerita, ustazah bawak kami para naqibah untuk ke rumah taalim masturat. Pesan dia,semua kena berniqab. Aku pun pakai. Tabarakallah. Perasaan yang aku tak tahu nak describe macamana. Terharu,teruja,gembira. Sepanjang perjalanan aku asyik tersenyum je di sebalik niqab. Rasa selamat sangat. Sampai sekarang masih aku ingat perasaan itu. Hanya Dia yang tahu..


Itu permulaan hatiku jatuh cinta dengan niqab. Hujung tahun 2015,aku minta restu family nak berniqab. Alhamdulillah,Allah mudahkan. Mak,abah,along,angah semua setuju walaupun mereka agak terkejut dengan permintaan aku yang sangat mendadak. Mereka tahu aku macamana.Cuma abah pesan, nak pakai,pakai betul-betul jangan main-main. Awal tahun 2016, Allah izinkan aku untuk mula berjinak dengan secebis kain ini. Pengalaman yang aku tak boleh lupa,pertama kali aku pergi ke rumah kakak ipar aku,dengan niqab. Tak nak buka niqab waktu makan sbb konon nak trylah. Maklumlah pegalaman pertama.. Mak dia hidanglah air milo. Allahu. Punya gigih nak minum milo, buat pertama kalinya dengan niqab. Sekali niqab-niqab aku minum milo. Nak tergelak pun ada juga. Balik tu singgah RnR,waktu malam. Aku rasa setengah jam lebih family aku tunggu aku habis makan. berterabur habis atas baju. Itu tak nak buka sebab awning tudung Masya Allah cantik sangat!.


Aku rasa aku beruntung sebab proses untuk aku belajar berniqab tu,ada ustazah aku yang sentiasa ada bila aku nak tahu apa-apa tentang niqab. Cara makan,bila boleh buka bila tak boleh buka niqab, dan macam-macam lagilah. Aku ni budak biasa, Di sekolah memang aku tak boleh pakai niqab,begitu juga dengan ustazah. Jadi,bila keluar saja kawasan sekolah,masuk dalam kereta baru aku berniqab. Masa 2016, aku kutip pengalaman nak berniqab dengan cara yang betul. Jadi,memang banyak kali aku on off. Cuma pesan ustazah yang aku masih ingat sampai sekarang, pakai niqab, niat nak belajar-belajar. Nanti Allah akan ajar. Jangan terus kata dah pandai berniqab. Betul sangat. Niat je untuk belajar,Allah akan ajar.

okay,sekarang aku nak kongsi sikit macamana nak hidup dengan niqab. Kepada yang nak tahu lama dah tentang niqab,harap sharing ni boleh menjadi asbab terjawabnya soalan-soalan kalian. 


1. Apa status berniqab?

Niqab ni sunnah isteri-isteri Rasulullah SAW dan sahabiah rha. Jadi, kita memilih untuk berniqab,sebolehnya untuk menjaga sunnah ni. Insya Allah. 

Hukum Niqab ni terletak pada diri. Ini apa yang ustazah bagitahu akulah. Macam aku,aku anggap niqab ni sebagai sunnah dan sunat memakainya. Jadi,jika ada apa-apa keperluan/perkara yang menyebakan aku terpaksa buka,maka dibolehkan. Insya Allah. Berbeza dengan orang yang menganggap niqab ni wajib. nak tak nak,apa yang terjadi sekalipun dia tak boleh buka niqab. kalau tak,berdosalah. Bersederhana.

2. Mana nak cari niqab?

Boleh je beli dekat kedai-kedai yang jual pakaian muslimah ke,butik ke,kedai jual tudung ke. Tapi,aku tak beli dekat kedai lah sbb susah nak cari kedai yang jual niqab dekat area tempat tinggal aku ni. Aku beli online je. Setakat ni, aku memang suka beli niqab daripada NIQAVIE. Search dekat instagram. Macam-macam jenis. Harga pun insya Allah berpatutan. Owner Niqavie ni juga ada butik sendiri. Boleh dapatkan details dekat IG dia okay. 

3. Jenis niqab?

Niqab ni macam-macam jenis. Yang simple,yang berlapis-lapis,yang boleh cover mata. Tapi yang aku pakai,yang separuh(purdah),yang simple selapis petak tu dengan yang ala-ala orang Arab selalu pakai. Kalau nak beli, cari niqab yang lebar bahagian depan tu,kalau boleh sampai ke bahagian cuping telinga. Sebab? nanti aku ceritakan. Lagi satu,cari niqab yang mudah untuk bernafas dan tak panas. Aku lebih suka pakai niqab warna hitam je,sebab kedut pun tak berapa nampak kalau tak sempat nak iron, tak jarang dan kalau terkotor niqab masa makan pun tak nampak sangat. Apa-apapun, ciri-ciri niqab yang baik aku sebutkan tadi tu semua asbab je. Kalau Allah nak bagi rasa selesa walaupun niqab tu murah sangat boleh je. Semua dengan Izin Allah nak bagi kita selesa ke tak. Cuma,pesan aku untuk diri dan yang lain,cari niqab yang biasa-biasa je okay rasanya yang tak mahal sgt asalkan selesa. Sebab,pakai bukan nak gayakan niqab,tapi sebab nak lindungi muka. Bersederhana.


4. Bila nak berniqab?

Aku memang tak berniqab di sekolah/ semasa ada aktiviti macam pertandingan ke di sekolah-sekolah lain. Ada je sekolah-sekolah yang dibolehkan guru dan pelajar berniqab,tak silap aku lah.Tapi, aku aku ikut je nasihat ustazah. Sbb ustazah pernah cakap di sekolah tak boleh berniqab/ semasa aktiviti yang diuruskan bawah KPM. Prosedur yang betul tak pastilah. Bagi aku,ustazah tu seorang guru,jadi apa-apa prosedur yang boleh dan tak boleh berkenaan dengan sekolah dia lebih tahu. 

Tahun 2017, aku curi banyak juga peluang untuk berniqab,bila boleh.  Contoh masa kami pergi lawatan badan pengawas. Balik dari KL,singgah RnR aku cakap dekat cikgu nak pakai niqab. Cikgu benarkan,aku pun on jelah. Kiranya masa tahun lepas, aku tengok keadaan. kalau sure tak ada apa-apa urusan dengan KPM aku berniqab jelah. Tak ada keharusan untuk buka niqab. Jadi untuk pelajar sekolah boleh je kalau nak berniqab. Tak ada masalah. Cuma tengok kepada keadaan. Tahu betul-betul waktu bila yang diharuskan untuk buka niqab. Kalau tak ada apa masalah,atau keperluan untuk buka niqab, pakai je tak ada masalah. Insya Allah. Cuma jangan berkeras. Aku tak kira nak pakai juga niqab dekat sekolah,sedangkan tak ada keizinan pun untuk pakai. Bersederhana.

Waktu-waktu yang tak memerlukan aku untuk membuka niqab,aku akan pakai. Insya Allah.


5. Cara makan pakai niqab?

Cara makan kebiasaannya.. pilih tempat yang tak ramai org. Kalau boleh makan jemaah dengan family. Lepastu,kalau ada port tepi dinding,dinding sebelah kanan,ha duduk di situ. Sebab nanti bila nak selak niqab pakai tangan kiri taklah orang belah kanan nampak. Tak tahu macamana nak terangkan cara makan,sbb selalunya bila hadapi sendiri insya Allah kita akan ikut kesusuaian masing-masing. Jadi,cuba jayalah ya. Insya Allah pelan-pelan,lama-lama retilah. 

Aku sampai sekarang masih bermasalah nak makan makanan berkuah dengan niqab. Jadi aku kalau boleh elakkan makan makanan berkuah bila makan di luar. Senang. Nak minum pun sama,selak sikit dan minum. Macam aku,aku selesa bila pegang cawan tu biar terselindung terus semmua cawan. Peringatan. Jangan hembus nafas dalam cawan masa minum, Tak baik untuk kesihatan. 

Bawalah niqab lebih,kalau-kalau teruk sangat kotor tu tukar. Cara makan ni kena explore sendiri. Baru faham. Insya Allah. ;)


6. Pakaian untuk yang berniqab?

Pakaian ni terpulang asalkan menutup aurat dengan sempurna dan tak tabarruj. Cumanya,sebelum berniqab,kita sempurnakan aurat yang wajib dulu. Pakai tudung labuh melepasi dada,tak nampak bentuk dada.. pakai baju yang labuh melepasi punggung sampai paras lutut seeloknya,handsocks,stoking,pelapik dagu. Sempurnakan aurat wajib tu dulu. Itu yang ustazah pesan pada aku masa mula-mula aku suarakan niat nak berniqab. 

Aku lebih suka pakai jubah hitam. Senang,sarung je. Tapi yang sunnahnya ialah memakai satu set pakaian di dalam baru sarung dengan jubah. Sebab itulah tujuan jubah,bukan untuk menjadi pakaian,tetapi menjadi pelindung pakaian. Lagipun pakaian hitam ni sunnah dan tak nampak bentuk badan. Insya Allah. 

Tentang ni kalian akan belajar sedikit demi sedikit bila dah laluinya. Jangan risau okay :)


akhir sekali


7. Kekuatan untuk berniqab?

Jawapannya semua ada pada diri dan Allah SWT. Allah mudahkan urusan aku untuk berniqab,maksudnya tak dapat tentangan daripada keluarga tak amcam wanita-wanita lain yang aku kenal,ataupun wanita yang kongsi pengalaman berniqab di luar sana. Tapi,ujian itu pasti dan pasti. Kalau tak berniqab pun ujian tetap ada. Sama sahaja. Kuatkan hati dan banyakkan bersangka baik pada Allah SWT. Lagi hebat ujianAllah,lagi Allah pandang kita dan sayang pada kita. Percayalah. Kalau rasa nak berniqab,teruskan. Cuma mintalah izin dariapda mak ayah dan keluarga dulu. Kalau mak ayah izin baru pakai. Jangan  berkeras nak pakai sebab taat mak ayah lagi penting. Doa banyak-banyak moga mak ayah dilembutkan hati untuk izinkan pakai niqab. 




Jadi insya Allah. Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi sebab aku pun tak adalah tahu banyak sangat tentang niqab. Baru nak belajar-belajar pakai. Apa-apa yang kalian nak tahu tentang niqab,boleh tanya dengan kenalan kalian yang lebih arif. Ustazah ke. Insya Allah moga mereka bantu. Aku doakan moga kalian juga Allah pilih untuk berniqab. Insya Allah. Yang berniqab bukan sempurna,masing-masing ada khilaf. Apa pandangan orang,panggil kalian NINJA ke,biarkan je. Asalkan kalian tahu kalian buat kerana siapa. Kita takkan sempurna pun kalau pakai niqab,tapi insya Allah kita inginkan jalan yang menuju ke arah kesempurnaan. Ada rezeki kita boleh usrah sekali yaa. Allahumma aamin!

Yang menggerakkan kalian untuk membaca entry ini pun atas pilihan Allah swt. Allah yang pilih. Maknanya Allah sedang memandang kalian. Allah menginginkan kebaikan untuk kalian. 

Okay,insya Allah. Yang baik itu daripada Allah swt dan segala kekurangan sepanjang penulisan ini juga Allah yang izinkan dan pastinya kelemahan diri. Moga bermanfaat untuk kalian.

Assalamualaikum.




Friday, 23 December 2016

Jalan Untuk Aku Berubah

Assalamualaikum

Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa'ala Ali Saiyyidina Muhammad.

Segala puji hanya bagi Allah Yang Satu.

Berubah. Berhijrah. Semua nakkan yang terbaik untuk diri,semua nak masuk syurga,semua tak nak disambar neraka,semua tak mahu disiksa dalam kubur. Semua nak yang baik. Tapi...kita tahu kita tak cukup baik.

Yang Allah kata jangan,berebut kita buat.
Yang Allah kata tunaikan,berebut kita lari.

Aku bukan nak kondem. Tapi,aku nak sentuh pasal realiti. Kita sukar nak berubah. Aku pernah...pernah lalui zaman-zaman gelap. Kalau dikenang kembali. Allahu,tak sanggup rasanya nak membayangkan.

Aku tak tahu macamana nak berkongsi ttg penghijrahan...kerana kadang kala jika kita nak berkongsi,kita akan diuji selepas itu. Betul ke tak yg kita sibuk kongsi dgn orang tu? Tak pun acah je? Apa yang aku boleh beritahu,doakan hidayat untuk diri,keluarga dan seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. In shaa Allah nnti Allah akan bantu.

Dulu,aku ni. Nak cerita pasal agama. Allah. Jauh. Yang pastinya kalau ada ceramah,asyik makan dalam jelah. Sebab apa? Terasalah. Tapi,tak bermakna pula aku nak ckp sekrang ni aku sikit pun tk terasa kalau org dakwahkan lagi dan lagi kpd aku ttg agama Allah s.w.t. Untuk belajar ilmu agama,segan jangan ada. Terasa itu perkara biasa. Memang biasa. Itu proses belajar sahabat sekalian.

Aku baru 16 tahun. Ada adik2 yang umur jauh lebih muda dari aku tengah hafal Al-Quran. Juzuk? Dah berbelas2. Allahu. Malu pun ada. Tapi mereka beruntung,Allah berikan mereka peluang untuk kenal agama Allah sungguh2 sejak kecil. Ada yang 14 tahun dah pakai niqab. Dapat sekolah agama..madrasah. Sekali fikir,rasa juga. Kenapa aku tak macamtu sejak dulu? Tapi dua kali fikir,Allah nak ajar aku. Allah uji aku supaya aku ada pengalaman pahit. Baru Allah tarik balik aku ke jalan yang betul. Jangan pernah sangka buruk dekat Allah. Diuji berat mcmana pun,Allah dah atur siap.

Kawan-kawan aku pun dah ramai yang mula berhijrah. Subhanallah. MashaAllah. Sungguh,aku gembira utk mereka. Aku tahulah sifat remaja ni macamana. Aku pun masih remaja lagi. Bila orang sibuk bercerita ttg agama,kita dgr. Tapi,segan untuk tahu dgn lebih dalam. Nak tahu,tapi segan. Hati kitakan Allah yang pegang. Dia ubah sekejap je untuk kita kembali kpd dia. Aku bersyukur dpt kawan-kawa. Yang selalu ingatkan aku ttg agama Allah s.w.t. yang sentiasa ingin tahu. Bila mereka ada sifat ingin tahu,maka kami akan saling berkongsi. Itulah cara aku ingatkan diri aku sendiri. Ada yang dulu tak pakai handsocks,sekarang kebanyakkan dah pakai. Walaupun kecik je kita nampak,handsocks,tapi percayalah mereka mula diberi kefahaman oleh Allah s.w.t.

Untuk aku sendiri,untuk aku dpt ilmu agama Allah s.w.t aku dekatkan diri dengan wanita yang...Subhanallah. Aku hormat dia. Ummi Aisyah. Ustazah Aisyah Noormala. Kurniaan Allah kpd dia. Cara dia dakwah,tak semua orang aku rasa boleh hadam. Maksud aku,cara dia tersirat. Dia takkan tegur direct. Kalau kita tak tutup aurat sempurna,dia takkan tegur direct. Tapi...setelah dia perhatikan,dia akan rangkumkan semua pemerhatian dia...dia akan cakap semasa kami semua muzakarah. Bermakna nasihat dia tu untuk semua orang. Tak dikhususkan untuk orang yg buat salah sahaja. Itu gerakan Allah juga sebenarnya. Tapi beruntunglah,Allah pilih dia sbg asbab tu. Aku doa pada Allah moga aku dapat khidmat kpd dia sbg guru aku,sbg ummi aku sampai bila-bila. Bantuan Allah melalui dia ith cukup besar maknanya buat aku. Terima kasih Allah.

Nak berubah,cuba dekatkan diri dgn  orang yang betul2 faham agama Allah. Yang bukan amalkan agama Allah separuh2. Cuba cari. In shaa Allah,Allah akan bantu. Tapi pokok yang utamanya,solat sunat hajat sentiasa. Minta direct pada Allah,kurniakan kepada aku taufik dan hidayahMu sebagaimana yang telah Kau kurniakan kpd golongan hambaMu yang Soleh dan Solehan yang terdahulu sebelum kami. Tapi bukan bermakna apa yang aku cakap ni,kita kena yakin hidayah itu dari orang yang Alim...ustazah-ustazah kita. Tidak. Hidayah itu satu2 nya milik Allah,tak da manusia yang boleh kurniakan hidayah. Ustazah2 kita in Shaa Allah menjadi asbab atau medium untuk kita kenal Allah. Ingat. Bukan mereka yang ajar kita. Allah yang ajar kita. Allah yang sedarkan kita melalui mereka. Lagi satu,rajin2 khidmat kpd guru kita..ustazah2 kita. Khidmat tu maksudnya bantu mereka. Kalau mrk minta tlg,selagi boleh tlg...tolong. Allah akan mudahkan lagi urusan kita untuk dpat hidayah Allah s.w.t.

Ingatlah,Allah Ar-Rahman. Ar-Rahim. Tiada sekutu baginya.


ASSALAMUALAIKUM

Friday, 9 December 2016

Kesatuan Hati

Assalamualaikum

Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa'ala Ali Saiyyidina Muhammad

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam. harap semua sihat wal'afiat. Harapnya semua masih sudi mendengar cerita aku.

Semalam hari yang sungguh hiba..sayu..aku baru saja balik dari Kem Bidadari Syurga. 4 hari 3 malam. Tak cukup sebenarnya tempoh waktu tu. Terlalu singkat. Namun,aku tetap bersyukur Allah tetap pilih kami untuk bersama-sama fikir,risau bimbang akan agama Allah s,w.t. Kiranya yang paling senior di kem tu aku dan rakan-rakan yang 16 tahun lah. Tak ada yang lebih tua.

Sebelum aku pergi kem tu,aku excited ada..rasa berbelah bahagi pun ada. Tambah-tambah lagi bila aku tak sihat pagi tu. Sakit perut yang amat sangat. Allahuakbar.. Allah uji. Tapi,aku tetap kuatkan hati aku nak pergi. Nakkan suasana iman dan amal. Bagi aku sendiri,bila aku pergi kem itulah tempat dan cara aku untuk topup Iman aku. Yang keluar masuk,buka naik turun lagi dah di zaman fasyak dan mungkar ni.

Sampai-sampai saja (setelah sesat cari madrasah tak jumpa),aku daftar diri. Angkat beg-beg masuk ke madrasah dan terus naik ke atas letak beg. Aku masuk je dorm,aku tengok kawan-kawan aku. aku sangat seronok waktu tu. Kawan-kawan aku yang dah lama berpisah dengan aku,kawan-kawan yang pindah ke MRSM,semuanya Allah letakkan kami balik di kem yang sama dengan orang yang sama. Aku tak sangka orang yang aku tak jangka pun minat dengan kem sebegini,dipilih oleh Allah s.w.t. untuk bersama-sama fikir,risau bimbang akan agama Allah s.w.t. S/U Badan Pengawas aku...sungguh aku langsung tak jangka. Aku kenal dia macamana. Dan Allahuakbar... Allah pilih dia.. sungguh Hidayah Allah itu milik dia. dan dia respon sangat baik dengan kem ni. Lembut sungguh hati dia.

Seronok sangat hidup selama tiga hari dengan orang-orang pilihan Allah s.w.t. Nak dijadikan ujian untuk aku,kumpulan aku ada orang yang sakit. Ustzah suruh aku dan team khidmat kpd dia. Aku tak kenal pun dia macam mana,apa semua. Aku tak reti nak jaga orang sakit pun. Allah. Ujian..ujian. Nak-nak pula diminta kami bantu dia bawa balik kefahaman agama untuk dia dan keluarga ke rumah. untuk keluarganya. lagilah aku rasa sangat berat amanah ni. nak tak nak aku mesti bawa juga. mesti hadap juga.

meniti hari-hari aku bersama mereka menjadikan aku sangat tenang dan sayang terhadap mereka. merekalah adik aku. sahabat aku. ibu-ibu ku. saudara seagama denganku. insan yang dahagakan kasih sayang Allahs.w.t. meskipun aku tiak tahu mereka berlatar belakangkan macamana,tetapi aku yakin mereka pasti ada maslah tersendiri yang membolehkan mereka dipilih oleh Allah s.w.t. seawal usia 10 tahun dipilih oleh Allah untuk fikir risau bimbang dengan agama Allah..Allahu. sangat beruntung. Aku,dah pandai buat macam-macam dosa barulah terpilih dengan rahmat Allah untuk kenal Dia dgn lebih mendalam.

Malam terakhir..air mata kami berguguran. Riuh mulut kami,semuanya terkunci. Hati kental kami lembut dan akhirnya air mata kami berjurai-jurai di saat ummi aisyah mula menyedarkan kami tentang hakikat sebenar kami di hantar ke dunia. Aku tahu padahnya. Aku tahu malam tu pasti akan terjadi perkara yang sama dengan malam di kem tahun lepas. Aku dapat mengagak apa yang akan keluar dari mulutnya.. tetapi,tak gagal untuk aku menangis buat kali yang seterusnya. Bengkak mata kami malam tu usah diceritalah. Tak ada segan lagi. Yang riang dengan keletah juga menangis semahu-mahunya kerana Allah s.w.t.

Hari yang penuh hiba tiba semalam. Setiap tindak tanduk adik-adik aku,sahabat-sahabat aku..aku serap..biar aku ingat. Ini hari terakhir kami. Semua gelak tawa mereka,cerita-cerita mereka,celoteh mereka,aku rakamkan dalam kotak ingatan. Kut kalau terindu pada mereka. Aku tahan sebak. Seorang demi seorang mula berkemas..hantar beg ke bawah. taat dengan arahan ustazah. Taklim ta'alum bermula. Allah Allah. Allah. Aku sangat ta'ajub dengan yakinnya mereka terhadap Allah. Jaganya mereka dengan suruhan Allah. Siap kami sediakan makanan ringan,kami hantar kepada jemaah lelaki di sebalik tirai. Talam minuman,makanan hanya ditolak perlahan melepasi tirai. yang nampak hanya tangan sahaja yang manyambut huluran talam-talam itu. langsung tak perlu jenguk muka. suara? semua bagaikan bisu. Tak ada yang riuh rendah. semuanya bercakap dengan berbisik sahaja. langsung tak dengar suara kami.

kemudian,tibalah waktu untuk kami berpisah. salam jamaie. Allah..sebak,sayu,hiba hanya Allah yang tahu. Yang paling riang pun gugur airmatanya kerana sedih berpisah. Satu persatu yang ada di depan mata aku salam. Bila tengok wajah sahabat-sahabat aku yang ada dengan aku..yang menyaksikan usaha kami untuk berubah ke arah Allah,untuk dapat Allah..sekali lagi berair mata aku. Nanti kami tak jumpa lagi...mereka akan kongsikan pula fikir,risau bimbang mereka di tempat pengajian mereka kelak. yang pasti tidak sama dengan aku.

Natasha,anak ustazah noormala(ummi aisyah) ceria saja selalunya..tapi semalam menangis. sedih katanya tengok perpisahan kami. Allahuakbar. Aku menunggu giliran untuk bersalam dengan ustazah. aku ni bukannya jenis serius. selalu main-main. tua muda,aku melawak dan mengusik sama sahaja. mata aku bengkak,mata orang lain bengka..mata ustazah bengkak. menangis sejak tadi. Ustazah senyum je tengok aku. aku pun slaam ustazah. dia peluk aku. aku memang tak nak menangis dah lah waktu tu. tapi,semua yang bersalam dengan ustazah,memang tak boleh tak nangis.

ustazah bisik dekat telinga aku
"ustazah tak nak cakap apa.."

pesanan ustazah dari hati,membuatkan aku menangis lagi. Aku tahu dia tahu aku macamana. Amalan aku...memang tak istiqamah mudah ceritanya. Dia sampaikan macam-macam perkara dekat aku..kadang-kadang aku boleh ikut,,kadang-kadang tidak..walaupun aku tahu je perkara tu baik. aku tak mahu ceritalah apa pesanan nya. Aku bahagia bila tengok usaha-usaha ustazah untuk agama..mendapat sambutan daripada umat nabi Muhammad. Wallahi aku cakap,cara dia sangat lain. Dia tak paksa untuk kita berubah. Dia sampaikan semuanya melalui hati. Aku dapat rasa. Dengan Izin Allah Taala. Aku nak berkhidmat untuk dia sampai bila-bila. Aku mahu bantu dia untuk agama Allah. Aku mahu bantu dia sehabis daya aku. Allah banyak sangat turunkan pertolongan untuk aku melalui dia.

untuk keluarga kem, jika selepas ini kita tidak berjumpa lagi di dunia,kita jumpa di syurga. In Shaa Allah. kita bertemu kerana Allah,kita berpisah juga kerana Allah. Aku sayang kalian lillahi ta'ala.
Percayalah,selepas ini dugaan kita akan semakin berat. Allah akan uji..lagi hebat..kerana kita sudah ada azam untuk berubah demi Dia..aku dah pernah rasa saat-saat aku hampir kembali tergelincir daripada landasan Allah. pernah lalui..kuat kan tekad. itu sahaja yang aku mampu sampaikan.

Ya Allah,sinarkan hati kami dengan hidayahMu sebagaiman terangnya bumi dengan cahaya matahariMu selema-lamanya. Aminn..Ya Rabbal 'Alamin..

Tuesday, 20 September 2016

Penat.

Assalamualaikum

Allahumma Solli A'ala Saiyyidina Muhammad Wa'ala ali saiyyidina Muhammad.

apa khabr semua? sihat? alhamdulillah. pembaca blog yang random,entah aku pun tidak tahu siapa,tapi terima kasih semua.

Jangan pernah mengalah. Pernah berputus asa? penat? kenapa aku saja yang selalu diuji? lebih-lebih lagi berkenaan dengan hati. Betul? kadang-kadang aku pun begitu juga. Apabila melibatkan hati,Allahu..lemahnya aku itu hanya Allah yang tahu. Lemah dalam mengawal hati. Aku sedang cuba belajar untuk cekal. Kuat. Tidak rebah dengan dunia.

Bila aku rasa terlalu berat,aku mengadu macam budak kecil dengan pencipta aku. Aku penat dan lemah. Aku kata tak mampu nak hadap semua ni. Semua. Tapi,aku selalu lupa.bahawasanya Allah tidak akan menguji dan membebani hambaNya di luar kemampuan. kerana Allah tahu hambaNya itu mampu,sebab itu dia uji. sebab itu dia duga. Tapi,manusia termasuklah aku tak habis-habis merungut.

Kadang-kadang bila dah terlalu penat,menangis juga. Bila asyik memendam,itulah yang jadi. adui. cengeng. haha.

aku nak pesan ni. Jangan tahan daripada menangis. selagi boleh lepaskan lepaskan saja. nak tahu sesuatu?

di saat aku rebah dengan karenah manusia..pendam rasa hati yang sangat kuat..saat aku menangis. Allah juga yang setia di sisi memujukku supaya terus kuat.
Di saat aku rasa tidak berdaya,Allah jua yang beri sinar harapan.
Allah uji aku,Allah bantu balik. macamana aku nak sangkal pertolongan Allah? Begitu baik Allah keapda hambaNya ini,tapi apa yang aku balas? Allahu... lemah,sangat lemah. Moga Allah sentiasa beri jalan kepadaku.

Ingat,jangan penat dengan Allah. jangan sesekali salahkan Allah walau apa juga yang terjadi. Allah Maha Adil! Dia tahu apa yang terbaik untuk kita,sayang.

ASSALAMUALAIKUM..

Sunday, 11 September 2016

Berubah.

Assalamualaikum

Allahumma Solli A'la Saiyidina Muhammad Wa'ala Ali Saiyidina Muhammad

lama tak menulis dan lama tidak menukilkan isi hati ini. Tajuk yang mungkin dicari-cari untuk yang baru ingin mencari dan mengenali apa matlamat hidupnya di bumi ini.

Hijrah. Berubah. Dikurniakan hidayah. tak semua orang dapat ubah dirinya. semuanya atas rahmat Allah s.w.t. semalam aku berfikrah panjang dengan sahabat aku. Dia tetapkan tajuk, "Hidayah Itu Milik Allah". Aku menanti dengan penuh rasa teruja untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya kepada sahabatnya di USM iaitu Aishah Kavita. Sangat menarik ceritanya..kisah penghijrahan kak aishah..ujian yang perlu dia hadap semata-mata untuk kecap nikmat Islam dan iman. sedangkan aku? lahir sahaja,abah sudah iqamatkan tepi telingaku dengan seruan Allah.

berhijrah itu tidak susah. harini tudung singkat,esok pakai jelah tudung labuh.. tapi istiqamah tu yang sukar..sangat sukar. jika hati ini tidak selalu meminta kepada Allah agar ditetapkan hati dan iman,memang hanyut kembalilah kita ke lembah kegelapan. betul aku cakap,tidak terniat untuk menipu. tak payah tengok jauh sangat..aku sendiri.. susah untuk istiqamah. tapi,lawan dan kuatkan juga hti yang sangat lemah dan lembut macam puding ni.

dulu.. masa mula-mula aku belajr untuk kenal Allah..belajar menutup aurat dengan sempurna,in shaa Allah.. aku pandang orang sekeliling aku semua dengan pandangan yang pelik! wei! macamni ke dunia? aku bagaikan orang yang sangat janggal hidup di bumi ni. Orang tudung singkat,aku rasa Allahu kenapa jadi macamni? mereka tak tahu ke? haa..itu kuatnya bisikan syaitan. Wallahi,tak tipu aku memang pernah pandang orang lain dengan pandangan pelik. tapi,lepas beberapa bulan aku sesuaikan diri dengan cara hidup baru,aku faham. betul lah,hidayah Allah itu bukannya kepada semua orang. igt lagi pasal kem yang aku cerita tahun lepastu? memang bila kitaorang semua keluar je dari kem,aku pun sangat berfikiran cukup suci yang semua kawan-kawan aku yang masuk kem..bila keluar akan bertudung litup,bertudung labuh,tutup dagu. tapi realitinya tidak.

ya memang terkejut. eh kenapa mereka mcmni? bukan mereka dah tahu ke?
ini pesan aku,ingat sampai bila-bila,Hidayah Allah itu tidak turun kepada semua orang,sayang. Hanya orang yang Dia kehendaki sahaja yang akan dapat. Hari demi hari,aku faham. Mereka sebenarnya belum dikurniakan hidayah. bukan aku menghina,tidak. Aku cuma nak sampaikan bahawa jangan kita judge orang yang buruk(apa yang kita nampak). sebab itu sebenarnya aturan Allah. apa tugas kita? DOA. DOA. DOA. memang kita nampak macam leceh je. aik? doa tadah tangan,benda simple je pun..boleh ke makbul? yakin pada Allah,percaya pada diri. hang tak da keyakinan kpd Allah,macamana Allah nak beri?

lagi satu,DAKWAH.
ini aku bercakap untuk diri aku sendiri..
dulu,waktu mula-mula aku berhijrah,Allahu. dengan semua orang aku nak bantai dakwah. kiranya macam eh tu salah! ni salah! itu dugaan untuk aku sebenarnya. sangat diduga waktu itu. terlalu nakkan orang lain berubah,tapi aku lupa pengurnia hidayah itu ALLAH sahaja. aku? jauh sekalilah.
aku sangat lemah untuk menegur. walaupun aku tahu. memanglah betul,kalau kita tahu kena tegur orang yang masih tidak tahu... tapi..aku tak sampai hati. jangan cakap pasal sayang,sebab aku sangat sayang familyaku,guru aku,sahabat-sahabat aku,kawan-kawan aku,adik-adik aku. semua aku sayang. aku nak yang terbaik untuk mereka. aku sangat lemah..apa yang boleh buat buat masa sekarang..dakwah dengan cara selemah-lemah iman iaitu mendoakan mereka. in shaa Allah dalam setiap doa aku,aku berdoa juga untuk mereka. kerana aku tahu Allah itu Maha Mendengar dan Allah itu akan makbulkan semua doa hambaNya. pasakkan keyakinan setinggi-tingginya kepada Allah.

anak mana,adik mana yang sanggup hidup dalam keadaan dia tahu pasal agama tapi tak mampu untuk sampaikan kpd keluarganya?

sahabat mana yang sanggup tengok sahabatnya terus tidak tahu apa yang dia tahu?

anak didik mana yang sanggup melihat gurunya terus hidup dalam keadaan tidak tahu,padahal perkara sekecil-kecil alam itu aku tahu...

Allahu. sangat lemah. aku sayang semua. semua nyawa aku,semua hati aku,semua jasad aku...macamana aku mahukan yang terbaik untuk aku,macamatulah aku mahu yang terbaik untuk mereka... Allah,sesungguhnya kepadaMu sahaj aku mendapat kekuatan.

kuatkan hati aku,cekalkan hati aku untuk meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w....

aku yakin Allah tahu yang terbaik..
dan Allah akan dengar doa semua hambaNya..amin..in shaa Allah..

kalau perlu atau kalau mahu bertanya apa-apa..
kita boleh berbual..untuk mahram sahaja..
kongsikan pengalaman,in shaa Allah untuk renungan bersama...