Assalamualaikum..
Alhamdulillah,Allah beri lagi peluang untuk saya berkarya dalam blog ni. Saya nak bercerita mengenai wanita-wanita dan perempuan yang berniqab. Dalam dada,ilmu memang cetek lagi fasal niqab dan purdah ni,tapi tak tahulah saya terlalu teruja apabila melihat ramai wanita di luar sana yang berniqab. Rasa sejuk sangat hati ni. Allah..Allah..
Jujur saya cakap,dulu saya agak pandang serong dengan para niqabis,sebabnya sesetengah tu yang berniqab atas dasar fesyen dan saja-saja. Dan saya pernah terdetik juga,kenapa nak kena berlebih-lebih sampai menutup muka? Allahu,jahilnya diri ini ketika itu. Apabila berdamping dengan orang yang berniqab baru-baru ni,baru saya tahu sedikit demi sedikit mengenai niqab ni. Rupanya-rupanya,itu sunnah. Para isteri Rasulullah s.a.w. semuanya berniqab.
Bila diri ni sendiri merasai bagaimana 'hidup' dengan hamba-hamba Allah yang berniqab,dengan sendirinya saya rasa,Ya Allah aku suka dengan orang yang berniqab. Rasa teruja. Ustazah-ustazah saya di kem dulu,semuanya berniqab. Cantik,memang tak dinafikan. Tapi,saya tahu mereka yang berniqab bukan tujuannya untuk mempamerkan kecantikan,tetapi untuk menjaga aurah. Rasa sejuknya hati tengok mereka berniqab.
Bukan tak teringin nak berniqab. Teringin sangat,hanya Allah sahaja yang tahu keterujaan terhadap berniqab ni. Namun,sering terlintas dalam hati saya..saya tak mahu saya berniqab tetapi masih wujud ketidaksempurnaan saya dalam menjaga aurah,dalam menjaga peradaban,dalam menjaga tingkah laku, Sebab,dunia sekarang ni..disebabkan seorang sahaja yang nampak buruk,ada kurangnya,maka yang lain pun akan terkena tempiasnya. Sebab itulah,saya nak belajar dahulu perbaiki mana yang buruk. Perbaiki cara pemakaian saya..Saya tak mahu nanti salah tu datang dari saya,tapi orang pandang serong terhadap niqabis yang lain, Padahal,yang lain tu okay saja.
Nak tahu macamana mula timbulnya rasa teruja dalam diri ni terhadap niqab?
Haa...dari kem lah. Memang banyaknya bermula dari kem. Alhamdulillah. Banyak sangat dah sedarkan aku tentang agama kita yang suci ni. Macam Ustazah Noormala,saya dah memang tahu dia berniqab tapi tak tahu pula yang semua ustazah saya di kem tu berniqab. Yang paling saya rasa salute dengan ustazah saya iaitu Ustazah Ainul. Ya Allah,tak tahulah mungkin saya seorang saja yang rasa teruja. haha. Dia baru 17 tahun dan dah berniqab. Muda jugakla kan. Mungkin ada niqabis yang diluar sana yang dah pun berniqab sejak belasan tahun lagi,tapi saya tak kenal mereka,jadi tak tahula. Tak ada lagi rasanya saya berkawan atau berkenalan dengan orang yang berniqab ni kecuali Ustazah Noormala,guru Pendidikan Islam saya. Tapi,Ustazah Ainul memang dah kenal di kem dan dia berniqab. Dari situlah datangnya rasa nak sangat berniqab pada usia muda.
Pakai niqab ni bukan senang untuk permulaannya..nak sesuaikan diri. Nak berjalan tengah-tengah medan dengan niqab,kita lalu entah orang usya slang je. Haha. Dunia sekarang,siapa yang amalkan sunnah orang rasa PELIK,tapi orang yang tak amalkan sunnah orang rasa BIASA. Ni ustazah sendiri yang cakap dekat kitaorang. Pernah juga aku terfikir,macamana niqabis ni boleh tahan dengan masyarakat sekeliling, Mesti ada dugaan punyalah. Mungkin ada orang yang kata mereka ni over,dan mungkin sesetengah tu ada yang cakap mereka ni syiah. Allahuakhbar. Sebab kebiasannya niqabis ni serba hitam. Ustazah saya cakap,pakaian serba hitam tu boleh sebab itulah cara pemakaian para isteri Rasulullah dan isteri-isteri sahabat,namun dunia sekarang ni tak semua orang boleh addapt dengan cara pemakaian sebegitu. Sebabtu dia cakap,pakai pakaian jangan sampai timbulkan fitnah,contohnya orang cop kita sebagai wahabi atau syiah. Tapi,ustazah cakap kalau kita pergi majlis-majlis ilmu macam taalim taalum ke,mereka fahamlah..
Bagi saya,saya nak berniqab bukan untuk fesyen atau ikut orang dan tak pula sampai nak nampak diri ni alim sangat,amalkan sunnah yang tak semua orang nak buat..saya sendiri nak berniqab sebab rasa sopan,rasa aurah tu lebih terjaga,rasa terjaga muka kita ni daripada ajnabi. Tapi,saya berdoa dengan Allah juga supaya beri saya petunjuk sama ada nak berniqab atau kekal dengan diri saya sekarang.
Kalau diizinkan Allah dan parents saya,inshaAllah saya akan berniqab. Doakan untuk diri ni,ya. InshaAllah...seronok berniqab ni sebenarnya,tambahan pula apabila dapat tengok Ya Allah ramai rupanya yang berniqab ni. Saya pernah cuba berniqab sewaktu pergi majlis taalim taalum,memang rasa terjaga sangat diri ni.
Pernah saya tanyakan kepada mak dan abah saya,boleh tak kalau adik nak pakai niqab? mak jawab,mak tak halang. Tapi,bagi mak lebih baik kita bersederhana. Bersederhana dalam apa jua yang kita buat. Abah pula jawab,bukan senang nak buat,dik. Abah tak mau la nanti adik pakai sat tak pakai. Maksud abah saya,seolah-olah macam main-main dengan niqab tu. Kalau tanya along pula,along kata pakaila. Tapi,ustazah kata kalau mak ayah tak bagi pakai,tak payah pakai sebab tu sunnah saja,ketaatan terhadap ibu bapa tu lagi penting. Jadi,apa-apapun saya tetap berdoa supaya Allah bukakan pintu hati saya supaya dapat berniqab dan beri kelembutan hati kepada mak abah saya untuk benarkan saya berniqab. InshaAllah aminnn.
Suka saya tengok gadis-gadis berniqab macam Amirah Hamiezah,Siti Fatimah Az-Zahra,Huda Iman dan ramai lagi kawan-kawan mereka yang berniqab. Mereka semua ni igers tapi banyak bagi motivation dalam setiap gambar yang diupload. Ada antara mereka yang terlibat dengan NEOS,Niqab Experience On Street. Program untuk bagi orang ramai merasai macamana rasanya berniqab. Rasa nak join sangat,tapi umur pun tak cukup lagi. hahaha.
Akhir kata,semoga Allah meredhai setiap pekerjaan para wanita yang berniqab. Semoga terus istiqamah. Jika tiada rezeki saya untuk menjadi salah seorang yang berniqab,tak apa. Saya tetap akan sokong wanita yang berniqab dan saya tetap akan suka dengan mereka yang berniqab. InshaAllah.
Jadi,orang ramai..sama-sama kita hindarkan pandangan serong terhadap para niqabis ni,okay? Doa-doalah moga-moga ada antara kita yang akan berniqab dan mengamalkan sunnah ini juga satu hari nanti. Dengan izin Allah. Maaf,andai kata ada yang tersalah tulis atau pandangan kita berbeza. Moga Allah merahmati kalian,readers.
ASSALAMUALAIKUM
No comments:
Post a Comment