Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim.. segala puji hanya bagi Allah,Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Baru-baru ni bermula 5 Disember,aku pergi kem hafizah. Bukan nak riak atau apa,cuma aku nak kongsi bagaimana sebenarnya rasa suasana iman dan amal. Kalau boleh aku undurkan waktu dan boleh aku lambatkan waktu,aku tak nak keluar dari suasana iman dan amal. Sungguh aku cakap. Ketenangan yang aku cari selama ni,ketaatan yang aku nak dapatkan selama ni,aku dah jumpa dengan kawan-kawan,adik-adik,kakak-kakak dan ustazah-ustazah di sini.
Mula-mula masa baca pamplet yang Ustazah Noormala bagi,aku macam dah berminat tapi tak da kawan yang nak pergi,jadi aku batalkan niat aku. Tetapi,Ustazah Noormala tanya lagi siapa yang nak pergi dan ditakdirkan Allah ada kawan-kawan aku yang nak pergi, Aku pun ok,ambil keputusan nak pergi. Waktu aku dah ambil keputusan nak pergi tu,memang hati aku kosong. Aku tak rasa apa-apa untuk pergi sana tetapi aku ni seolah-olah biarkan langkah kaki aku yang dorong aku ke sana, Wallahi.
Tetapi,bila dah duduk dalam suasana iman dan imal tu sendiri,rasa kosong hati aku terisi dengan penuh ketenangan. Aku tak rasa bebal buat apa-apa. Sebelum ni,kerja lebih sikit mesti aku bebal. Tapi,dekat sana aku buat saja. Tak kiralah orang suruh ataupun tak. Ustazah ajar sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Makan dalam talam. Mula-mula aku rasa tak lalu jugakla. Banyak membazir makanan masa hari pertama. Lepastu ustazah cerita yang kalau dia dan kawan-kawan yang lain makan dalam talam,mereka akan habiskan sampai tak ada sebutir pun nasi. Mula dari hari itu,aku berazam nak habiskan makanan. Akhirnya,hari demi hari aku berjaya habiskan makanan termasuk lah nasi-nasi yang adik-adik aku yang makan tak habis.
Aku belajar erti persahabatan. Aku belajar erti kesusahan. Aku masuk je rumah tu,aku cakap dalam hati,serba kekurangan betul kem ni. Rupa-rupanya ustazah memang nak ajar kitaorang hidup susah,nak ajar erti mujahadah yang sebenar. Masak ramai-ramai. Kena basuh baju dan sidai sendiri(siapa yang khidmatlah) Ya Allah,sungguh aku rindu waktu tu.
Waktu kena kejut bangun subuh,kalau Ustazah Ainul dia akan panggil nama je "Hidayah,bangun" memang automatik akan bangun. Kalau ustazah Huda dia tepuk dinding. Pun akan tersedar dan bangun juga. Ustazah Noormala pula dia kena pergi gerak sendiri budak-budak. "Bangun-bangun. Tahajjud. Sempat lagi ni. Cepat." rindu sangat waktu Subuh,waktu jemaah setiap waktu solat. Gilir-gilir jadi imam. Waktu,orang lain tunggu aku nak semayang jemaah. Aku lah yang paling lambat selalunya. Lepas Subuh,terus hafal Yaasin,pergi semak dengan ustazah. Waktu semak,apa yang aku hafal semua berterabur. haha. Aku rindu nak mengaji ramai-ramai.
Waktu kami,para amir(ketua) ada fikir,risau,bimbang pasal adik-adik kami. Allahu. Sebelum ni,kalau nak fikir pasal orang lain,memang bukan kerja aku lah. Ambil tahu boleh,nak selesaikan,tak. Kitaorang muzakarah dengan ustazah,bincang macamana nak bantu adik kami. Ayat ustazah yang paling aku rasa terkesan sekali dia cakap, "kamu semua nak bercakap dengan dia,guna ayat yang hikmah. kalau tak tahu nak cakap macamana,solat hajat. Mintak dengan Allah supaya boleh bercakap dengan hikmah." sampai macamtu sekali ustazah punya risau nak susun ayat. Sebelum kitaorang berjumpa dengan adik kami tu,memang kami berdoa supaya kami ni bercakap dengan penuh hikmah,tak sakitkan hati dia. Alhamdulillah..syukur kepada Allah nampak perubahan dia. :') waktu tu aku rasa,Ya Allah sampai macamani Kau bagi aku rasa tanggungjawab untuk risau pasal adik-adik aku.
Bila ada di sana juga,aku rasa aurat tu sangat perlu untuk dijaga. Keluar rumah,ustazah pesan,pakai stoking. Sejuk sangat hati aku bila dapat tengok secara live,orang berpurdah yang memang hari-hari aku jumpa. Aku merasa pakai purdah sewaktu kitaorang para amir ni pergi majlis Taklim Taalum di rumah ustazah Ainul. Rasanya,muka aku ni terjaga. Orang tak nampak muka aku. Rasa selamat.
Malam kedua terakhir,ustazah buat kitaorg menangis. Tak tahulah,tapi memang aku menangis sungguh-sungguh. Ustazah Huda yang cool pun turut menangis.
Aku rindu suasana iman dan amal lagi. Aku risau sangat,aku akan terpesong jadi diri aku yang jahil dulu. Allah. Tolong la aku memang tak nak dah jadi macam dulu. Aku tetap berdoa agar terus istiqamah, Aku sayang adik-adik aku,kawan-kawan aku,kakak-kakak aku dan juga ustazah. kasih sayng yang terbina di sana membuatkan aku rasa tolong la ya Allah berikan aku peluang dan waktu lagi untuk bersama-sama mereka dalam suasana ni. bagi aku masa lagi supaya aku tak berpisah dengan mereka. Rasa tak nak keluar dari suasana tu sebab takut dengan suasana luar. :(
Aku rindu malam sebelum tidur,Ustazah Ainul lepak dengan kitaorang,cerita pasal bercouple tu haram semua. bagi aku dia pendiam. Dia bercakap pun kadang-kadang sampai tak dengar. Paling lawak bila gelak la. Waktu kitaorg makan roti canai cicah susu pekat sambil sembang pasal madrasah. Dia bercakap suka pandang mata orang,macam tu juga bila semak bacaan dengan dia. gagap la jadinya kadang-kadang tu. Ustazah Ainul lah yang paling banyak spend time dengan kitaorg. Sebelum tidur,dia akan tunggu dan suruh kitaorg tidur. Masak sama-sama,
Betul. Kalau aku dapat undurkan masa dan lambatkan masa,aku nak ada dalam suasana tu. Tapi,Allah lebih mengetahui. Aku bersyukur kerana Allah pilih aku yang serba kekurangan ni utnuk pergi ke kem tu,bagi aku jalan untuk ubah diri aku. InshaAllah. Allah pertemukan aku dengan sahabat-sahabat yang baik dan ustazah yang sangat baik. Ustazah cakap Allah nak tilik org pegi haji sebanyak 10 kali,tapi Allah nak tilik kita yang pergi majlis ilmu ni,Allah tilik sampai 70 kali. Allahu, Beruntungnya aku. :') Aku harap sangat kitaorang dapat bertemu dan bersama lagi. Moga Allah rahmati segala pekerjaan kita di kem,dan berikan berlipat kali ganda pahala kpd ustazah-ustazah yang tak jemu bimbing kitaorang supaya jadi hamba yang soleh. InshaAllah aku akan cuba perbaiki diri. Aku takkan biarkan aku kembali kepada aku yang dulu lagi.
"Ya Allah,sentiasalah Kau satukan hati kami supaya kami terus dengan kasih sayang yang Engkau kurniakan dalam hati kami. pertemukan kami lagi di syurgaMu..InshaAllah. Janganlah kau kikis sifat kasih sayang dalam diri kami,ingatkan kami untuk sentiasa bersama dan teruskan perjalanan hidup kami di jalanMu Ya Allah. berikan kami kekuatan untuk terus setia dengan janji-janjiMu,setia dengan jalanMu,setia untuk mengingatiMu. Amin..Ya Rabbalalamin..."
No comments:
Post a Comment